Latihan Rumusan

Petikan membincangkan langkah-langkah membendung pencemaran alam sekitar di Malaysia.

Langkah-langkahnya termasuklah memberikan pendidikan awal kepada kanak-kanak berkaitan alam sekitar. Selain itu, mengajar mereka menggunakan sumber alam secara berhemat dan menggalakkan mereka membuang sampah di tempat yang disediakan. Langkah-langkah lain termasuklah mewujudkan tong sampah mengikut jenis-jenis bahan buangan selain membawa bahan buangan ke pusat kitar semula. Penerapan sifat berjimat cermat seperti menggunakan semula barang-barang lama  juga antara langkah-langkahnya.

Kepentingannya pula termasuklah dapat mengelakkan berlakunya perubahan cuaca yang tidak menentu, penipisan lapisan ozon dan pencemaran udara serta air bertoksin. Selain itu dapat mendidik anak-anak menjadi pembersih malah menggalakkan mereka menyertai program berkaitan pemeliharaan alam sekitar.

Kesimpulannya, kita perlulah berusaha mewujudkan alam sekitar yang bersih agar masyarakat yang sihat dapat dilahirkan.

Laporan Program iFSC ke-empat (2016) Pusat PERMATApintar Negara

Pada 26 Julai 2016 hingga 29 Julai 2016, Kolej PERMATApintar™ telah menganjurkan Persidangan Saintis Masa Hadapan Antarabangsa, atau dikenali sebagai International Future Scientist Conference (IFSC), yang keempat.

Persidangan ini dapat memberi pendedahan dan menggalakkan perkongsian pengetahuan di kalangan penyelidik muda melalui penerokaan, perbincangan dan pembentangan. Matlamat persidangan ini adalah untuk meneroka potensi-potensi penyelidikan di kalangan penyelidik muda dan membangun pelajar bakat, kreativiti dan idea-idea dalam penyelidikan yang diminati. Ia juga meningkatkan pemahaman, menambahbaikkan pembentangan dan kemahiran berkomunikasi, dan membina keyakinan pelajar-pelajar. Persidangan ini bertujuan untuk membangunkan minat pelajar dalam penyelidikan dan inovasi, dan meningkatkan keyakinan pelajar melalui pembentangan.

Program ini disertai oleh ramai pihak yang datang dari dalam dan luar UKM. Kumpulan sasaran bagi program ini adalah semua pelajar PERMATApintar, pelajar UKM dan pelajar-pelajar lain yang datang dari seluruh negara. Bilangan peserta yang terlibat dalam program ini adalah seramai 247 orang pelajar. Berikut adalah senarai sekolah-sekolah yang menyertai program ini:

 1) Sekolah Menegah Sains Tuanku Munawir

 2) MRSM Batu Pahat

 3) SM Sains Banting

 4) SMK Jalan Tiga

 5) Sekolah Seri Puteri Cyberjaya

 6) Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah

 7) MRSM Baling

 8) SM Sains TG Muhd Faris Petra

 9) SBPI Rawang

 10) Maktab Tentera Diraja

 11) SBPI Gomak

 12) Sekolah Sultan Alam Shah

 13) Sekolah Tun Fatimah

 14) Sekolah Menengah Sains Labuan

 15) Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor

 16) SMK Infant Jesus Convent Johor Bahru

 17) Sekolah Menengah Sains Seri Puteri

 18) SMK Adela Kota Tinggi Johor

 19) SMK Ulu Tiram

 20) SJK Tamil Ladang Mount Austin

 21) Kolej PERMATApintar Negara

 22) ASASIpintar

Pada tahun ini banyak pihak telah mengambil bidang-bidang yang amat menarik sebagai topik penyelidikan mereka. Topik-topik itu adalah: Sains Asli yang merangkumi bidang Astronomi, Biologi, Zoologi dan sebagainya. Sains Sosial yang merangkumi Psikologi, Komunikasi, Kriminologi dan sebagainya. Selain itu, Sains Gunaan juga ada digunakan oleh beberapa sekolah sebagai subjek penyelidikan mereka. Sains Gunaan merangkumi Matematik, Teknologi dan sebagainya. Berikut adalah tajuk-tajuk penyelidikan yang dipamerkan di dalam program ini:

 1) Child Safety System

 2) Hi-Sleep Shock

 3) Universal Kool-Heat

 4) Gas Volume Indicator

 5) The Cytotoxicity Effect of Nephelium Lappaceum Leaves Extract on Human Cancer Cells

 6) Waste Not: Used Cooking Oil a Miracle for Sound Absorbent as a Renewable Polymer from Composite

 7) Ab-Trap’15

 8) Making a Better High-Speed Camera

 9) Miracle Under Your Feet

 10) Kibo Balls the Salt Water Ball; How to Rescue An Aeroplane-Crashed Survivors

 11) My Elaisexmino (MLX) A Solution to Oil Spills

 12) Preliminary Evaluation of Durio Zibethinus Husk Extract As Potential Anti-Microbial Agent and Plant Growth Promoter

 13) MiMP Detector

 14) Hydro Pot 2.0

 15) Bioartificial Filter

 16) Producing Bioethanol From Oil Palm Leaves By Using Cellulase From Bacteria

 17) Sertu Soap

 18) From Waste to Wealth: Grange WCO Skin Cream

 19) Application of Wind Turbines On Highways to Generate Wind Electricity

 20) Application of Effective Microorganism For Sustainable Crop Production

 21) Increasing Lipid Yields In Clhorella Vulgaris

 22) CaCO Tiles

 23) Citrullus Lanatus and Murraya Koenigii As a Solution To Dimishing Pigment of Hair

 24) Fybrid

 25) The Application of Different Processes In Water Treatment on Water Colour Wastage

 26) Smart Rollator

 27) Biodegradable Nursery Polybag Made of Ecology Waste

 28) Smart Table

 29) Reduction of Plastic Waste Using New Fabricated Biodegradable ‘Infinity Spoon’

 30) Effects of Music on Different Instruments And In Different Tempo to the Mental Concentration of Students

 31) Low Cost, Effective and Environmentally Friendly Vermiculture Composting Method

 32) Varicella Zoster Herbal Lactis

 33) Rhodophyta Eucheuma Cottonii Bio Plastic

 34) Study of Commonly Found Herbs in Malaysia And Its Ability of Anti-Mosquito Effect

 35) Tapping Gravitational Potential Energy to Generate Electricity-Mini Hydro Electric Generator

 36) The Relationship Between Anxiety, Depression and Stress with Academic Stress and Self-Concept Among ASASIpintar Students

 37) The Link Between ASASIpintar Students’ Resilience with Their Self-Esteem Level And Academic Performance.

 38) Individuals with Autism Spectrum Disorder: Their Take on ASD

 39) The Efficacy of Trastuzumab as Adjuvant Targeted Therapy In Preventing Cancer Recurrence Among HER-2 Positive Breast Cancer Patients

 40) Exploring the Best Approach of Gaba Rice Production from UKM’s Rice Varieties

 41) The Determination of Sky Brightness at PERMATApintar Observatory

 42) Effect of Lonizing Radiation on Plant

 43) Forensic Analysis on Lipstick Trace by Using TLC and GC-MS

 44) Laparoscopy Training Tools

 45) The Effect of Chenodeoxycholic Acid On Efficiency of Dye-Sensitized Solar Cell

 46) Metabolite Profiling and Biological Activities of Azadirachta Indica (A. Juss) Leaf Extract

 47) Water Harvesting from Air

 48) Bio Conversion of Empty Fruit Bunch (EFB) Agro Waste Using Cellulolytic Bacteria Isolated From Termite

 49) The Preparation and Characterization of Functional Sago Startch

 50) Synergistic Palm-Based Polyurethane System for 2D Decorative Ink

 51) Smart Green Anti Corrosion Derived From Imperata Cylindrica In Oil and Gas Pipeline Applications

 52) Analysis of Flavonoids in Commercially Available Lignosus Rhinocerus Dried Powder Extract by Reversed-Phase High Performance Liquid Chromatograph (RP-HPLC)

 53) The Consequences of Combining Fruit Towards Health

 54) The Potential of Lansium Demosticum Leaves to Become The New Addictive Drugs And Its Effects Towards Human Nervous System

 55) Absorption and Desorption Studies of CO2 by Cilia Gel Impregnated with Tetradecylamine

 56) Smart Green Screen

 57) Chicken Skin: Wastes or Resources?

 58) Unlocking the Lipid Energy Stored In Plant Cell Walls

 59) Replacement of Animal Fat with Red Palm Fat in Beef Burger

 60) Genetic Identification of Dried Shark Fins from Sabah Markets

 61) The Preliminary Studies of Wound Healing Properties of Impatiens Balsamina

 62) Kombucha Skin Patch Hydrogel

 63) Creating Pen Drive with Bluetooth Technology

 64) From Garbage to Gold: An Alternative to E-Waste Management

 65) The Uses of Complementary and Alternative Medicine Among Malaysian

 66) The Dangers of Substances of Electronic Cigarettes Among Teenagers in Malaysia

 67) Dioscorea Hispida (Ubi Gadong) as a Natural Repellent

 68) Effect of 1-Methyl 3-Propylimidazolium Iodine (MPII) On Bio-Based Polyurethane Gel Polymer Electrolyte For Solid-State Dye-Sensitized Solar Cell

Program ini berlangsung selama 3 hari bermula dari 26 Julai dan berakhir pada 28 Julai 2016. Program ini diadakan sepenuhnya di auditorium Pusat PERMATApintar Negara.

Pada hari pertama, 26 Julai 2016, hari Selasa, IFSC dimulakan dengan pendaftaran para peserta pada jam 9 pagi hingga 12 tengah hari. Bagi pelajar yang tidak terlibat, mereka dikehendaki untuk pergi ke kelas prep masing-masing. Dari jam 12 tengah hari sehingga jam 1 petang, para peserta IFSC dibenarkan untuk menyiapkan tempat pameran masing-masing untuk pameran dan penghakiman pada hari seterusnya. Pada jam 1 petang para peserta sudah dibenarkan untuk makan tengah hari dan solat Zohor bagi peserta yang beragama Islam. Semua pelajar kolej dan semua peserta dikehendaki untuk berkumpul di auditorium sebelum jam 2 petang untuk majlis perasmian pembukaan program International Future Scientist Conference 2016. Tetamu dan VIP tiba di auditorium sekitar jam 2.30 petang. Nyanyian lagu Negaraku dan Varsiti Kita diadakan sebaik sahaja tetamu dan VIP tiba dan berdiri di  depan tempat duduk mereka. Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Berbahagia Prof. Datuk Dr. Noriah Ishak, pengarah Pusat PERMATApintar Negara, UKM. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan pembukaan oleh Yang Berbahagia Prof. Dato’ Ir. Dr. Riza Atiq Abdullah, Timbalan Naib Kaunselor AIA, UKM. Majlis diteruskan dengan persembahan oleh para pelajar PERMATApintar sebelum diakhiri dengan sesi bergambar. Majlis bersurai pada jam 4 petang.

Hari kedua, 27 Julai 2016, Rabu. Program IFSC dimulakan dengan pameran dan penghakiman pada jam 9 pagi hingga 1 petang. Banyak pameran yang menarik oleh semua peserta yang membuatkan semua pelajar teruja untuk pergi ke tempat-tempat pameran. Pada jam 1 petang, para peserta dan pelajar pergi ke dewan makan untuk makan tengah hari dan surau untuk solat Zohor bagi yang Islam. Program diteruskan dengan bengkel 1 pada jam 2.30 petang di auditorium. Penceramah bagi bengkel ini ialah Prof. Dr. Shahidan Radiman yang memberikan ceramah tentang “My Academic Life In UKM :From Nanomaterial To Nuclear Structure To Cosmology”. Ceramah tamat kira-kira jam 4.40 petang dan para pelajar dan peserta dibenarkan pulang ke asrama.

Hari ketiga, 28 Julai 2016, Khamis. Hari ini merupakan hari terakhir bagi IFSC 2016 dan banyak tempat-tempat pameran sudah dikemas. Program hari ini dimulakan dengan Bengkel 2 dari jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 11 pagi.Upacara penutup bermula pada jam 11.30 tengah hari dengan kedatangan tetamu dan VIP. Lagu Negaraku dan Varsiti Kita dinyanyikan selepas kedatangan VIP. Majlis penutup diteruskan dengan bacaan doa. Majlis diteruskan lagi dengan pertunjukkan video dan ucapan dari pengarah Pusat PERMATApintar Negara. Sesi penyampaian hadiah dilakukan selepas ucapan. Sekali lagi para pelajar dari Kolej PERMATApintar membuat persembahan dan kali ini persembahannya bertajuk “Cuti-cuti Malaysia”. Sesi bergambar diadakan sekali lagi sebelum para peserta pulang ke sekolah masing-masing. Pada jam 2 petang, tamatlah program IFSC ini.

Latihan Tatabahasa

Bina ayat berdasarkan perkataan tanpa penambahan imbuhan atau sebagai kata nama khas

Kemas

Pelajar-pelajar wajib berpakaian bersih dan kemas ketika waktu pembelajaran.

Mengemaskan

Pelajar diberi masa untuk mengemaskan bilik mereka.

Kemas

Kekemasan kita mencerminkan personaliti diri kita.

Harga

Setiap restoran wajib meletakkan tanda harga makanan mereka.

Menghargai

Ali menghargai setiap ilmu yang diterima.

Penghargaan

Pengetua sekolah memberikan hamper kepada tetamu jemputan sebagai tanda penghargaan beliau.

Aktif – pasif

Antara tahun 2000 hingga 2006, beberapa buah buku masakan tradisional telah saya hasilkan.

Sayur-sayuran di belakang rumah mesti kamu siram setiap petang.

Selama tiga bulan, latihan intensif dijalani oleh Pelatih Program Latihan Khidmat Negara.

Satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan

Memasyarakatkan Bahasa Melayu

Pelupusan dipantau

Mesasarkan produknya

Kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan penggunaan tatabahasa

susun atur disusun

semua menuai

sesetengah akan

(Akan dibincangkan)

Jurnal Harian 29 mac 2016 (Tugasan BM)

Pagi ini berlakunya kehidupan harian saya seperti biasa. Tiada apa yang menarik disampaikan pada perhimpunan. Perhimpunan pula tamat awal. Beberapa guru subjek yang sepatutnya mengajar kami pagi ini tidak dapat hadir. Saya mengisi masa lapang sama ada dengan mendengar lagu atau tidur seketika.

Salah satu kelas pagi ini, cikgunya terlewat hadir. Dalam masa rakan-rakan kelas saya menunggu cikgu itu, ada yang berborak, ada yang tidur, pelbagai rupa kami mengisi masa lapang. Setelah cikgu sampai, kelas saya diminta untuk menyambung uji kaji yang telah ditunda sebelum ini. Saya amat suka melakukan uji kaji tetapi semestinya perlu dilakukan report makmal yang tidak disukai ramai.

Petang itu, akhirnya saya dapat merasakan pendingin hawa yang sejuk kerana kelas-kelas sebelum ini (pada hari ini) pendingin hawanya rosak. Kelas seni visual, kelas yang saya sangat minati, ada pada petang itu. Saya dan kumpulan saya membentangkan hasil kerja kami. Saya rasa bangga terhadap hasil kerja kami yang cantik kerana kebanyakkannya adalah hasil tangan saya. Ramai selain dari kumpulan saya tidak tahu perkara tersebut.

Malam itu, aktiviti biasa berlaku. Kuliah pada waktu antara maghrib dan isyak dijalankan seperti biasa. Selepas solat isyak, kami dikumpulkan untuk disampaikan beberapa maklumat tentang perubahan waktu kelas persediaan. Ramai yang tidak mempersetujui perkara tersebut tetapi bagi saya, saya lebih suka. Walau bagaimanapun, saya rela hati mengikut apa yang disediakan oleh pihak pentadbiran. Hari ini tidak banya beza dengan hari lain. Tidak banyak perkara yang saya boleh tuliskan.

Jurnal Harian 28 mac 2016 (Tugasan BM)

Pada perhimpunan rasmi hari ini, ramai yang beri ucapan. Seorang dari pelajar berucap di hadapan. Pada awalnya, saya anggap dia telah menghadiri sesuatu program dan akan menceritakan pengalaman mereka. Tetapi, pelajar tersebut bercakap tentang kejayaan, seperti ucapan bahasa melayu yang biasa. Ini menunjukkan bahawa ia adalah satu tugasan yang diberi semestinya dari guru bahasa melayu. Cikgu2 lain menghargai keberanian pelajar tersebut dan kata mereka, perlu dicontohi. Keputusan pula akan keluar tidak lama lagi. Cikgu pula mula mengingatkan kami supaya kekalkan motivasi kami walau seteruk manapun keputusan peperiksaan kami. Kami masih ada peluang untuk melakukan yang terbaik pada peperiksaan akan datang.
Ketika perhimpunan tersebut, saya ternampak seorang pelajar lama berada di tempat duduk guru di atas pentas. Mungkinkah dia cikgu matematik saya? Barulah saya ingat nama cikgu baharu yang diberitahu oleh guru kelas saya adalah nama pelajar tersebut. Hebatnya! Beliau mengisi masanya menunggu kemasukan ke universiti dengan mengajar kami. Pengajarannya sungguh santai dan mudah difahami. Walaupun hanya seorang bekas pelajar, beliau sedia mengajar kami seperti seorang guru yang berpengalaman.
Petang itu, mengikut jadual, saya mempunyai kelas bahasa antarabangsa tetapi, ditunda pada malamnya. Saya mengisi masa lapang dengan menyiapkan tugasan di perpustakaan. Saya suka berada di perpustakaan kerana tidak mudah diganggu oleh media sosial, dan banyak buku yang menarik boleh dibaca setelah siap tugasan saya.

Latihan Ejaan Perkataan

  1. Surat khabar
  2. Tengah hari
  3. Campur tangan
  4. Kemaskini Kemas kini
  5. Temu bual
  6. Pasar raya
  7. Kraf tangan
  8. Kobis Kubis
  9. Lembap
  10. Mergas tua Mergastua
  11. Murtabak Martabak
  12. Pendeta
  13. Tauge
  14. Tauladan Teladan
  15. Komisen
  16. Pensel
  17. Pelan
  18. Profil
  19. Rebat
  20. Spageti
  21. Spesis spesies
  22. Agregat
  23. Atlit Atlet
  24. Baucar
  25. Dedikasi Delagasi (slh dengar)
  26. E-mel
  27. Fleksibiliti faksimile (slh dengar)
  28. Komersial